Falsafah Mistik Sinkretisme: Penelitian terhadap Struktur Segi Empat Pada Ilustrasi Visual dalam Manuskrip "Pelaga Lembu"

  • Shaari S
N/ACitations
Citations of this article
12Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dimensi kesenian tradisi alam Melayu terkenal dengan kepelbagaian unsur kepercayaan mistik sinkritisme, sekali gus mencerminkan wajah pemikiran akal budaya masyarakat setempat. Amalan yang bercampur baur dan merentas budaya ini dimanifestasikan dalam setiap disiplin ilmu melalui sistem tanda visual yang telah lama wujud sehingga menimbulkan kekeliruan antara yang benar dan batil. Kajian dalam konteks seni visual ini akan melibatkan beberapa struktur asas segi empat dalam amalan menterjemahkan imejan visual, khususnya kesan ilusi optikal yang terdapat ilustrasi visual tanda bab dan wafak yang terdapat dalam manuskrip “Pelaga Lembu” dari Kelantan-Patani, simpanan Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Sistem tanda dan makna pada elemen ini diinterpretasi menerusi kaedah teoritikal daripada kerangka Semiotik Model Inderalogi. Setiap kerangka asas segi empat yang menjadi struktur pengukuhan komponen visual dicerakinkan dalam galur ilmu pengetahuan bersifat langka. Bagi mengimbangi pengaruh konsep mistik sinkritisime dalam meterial kesenian tradisi secara ilmiah, maka pengkaji turut melihat pengertian makna unsur ini menerusi pelbagai perspektif budaya yang pernah mendiami budaya Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa berlaku pertindihan nilai makna berganda daripada laras falsafah Pythagoras, tasawuf, Hindu-Buddha, Kabbala, animisme dan pengaruh Israiliyat, telah diolah dan diterima secara sistematik menjadi teras akal budi dan sebati.

Cite

CITATION STYLE

APA

Shaari, S. A. (2023). Falsafah Mistik Sinkretisme: Penelitian terhadap Struktur Segi Empat Pada Ilustrasi Visual dalam Manuskrip “Pelaga Lembu.” Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 16(1), 79–104. https://doi.org/10.37052/jm.16(1)no4

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free