Sorotan Literatur Bersistematik bagi Efikasi Kendiri Pelajar Terhadap Matematik

  • Ahmad Saifi S
  • Mohd Matore M
N/ACitations
Citations of this article
52Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Efikasi kendiri merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam penampilan prestasi diri individu dalam semua perkara termasuk pendidikan matematik yang disifatkan sebagai subjek yang sukar. Persaingan sengit dan perubahan teknologi yang pesat memerlukan kepintaran matematik dan wajib diambil hampir dalam kesemua latar belakang pendidikan. Kajian ini menggunakan sorotan literatur bersistematik (SLR) dalam menghasilkan analisis trend efikasi kendiri matematik dalam kalangan pelajar. Tinjauan SLR menerusi analisis trend tahun penerbitan, trend negara kajian dan trend pemboleh ubah perkaitan menerusi fasa utama iaitu merancang menganalisis dan melapor adalah fasa dalam kaedah SLR. Dapatan menunjukkan bahawa bilangan kajian semakin bertambah bermula pada tahun 2015 sehingga tahun 2020. Ini menunjukkan efikasi kendiri pelajar semakin dianggap penting untuk dijadikan pemboleh ubah dalam sesuatu kajian. Trend analisis negara menunjukkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang paling banyak melakukan kajian terhadap faktor efikasi kendiri pelajar ini diikuti oleh negara Turkey. Negara-negara lain sangat kurang dalam melakukan kajian untuk efikasi kendiri pelajar khususnya dalam matematik. Trend pemboleh ubah perkaitan yang dilakukan bersama-sama faktor efikasi kendiri dan hadir daripada pelbagai arah seperti faktor dalam, diri sendiri, guru, persekitaran, sekolah dan pentadbiran. Kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk mengkaji faktor lain seperti pemilihan rakan sebaya, tahap pendidikan ibu bapa dan pengalaman pembelajaran terdahulu yang boleh dikaitkan dengan tahap efikasi kendiri pelajar dalam matematik. Cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan mengenai efikasi kendiri adalah seperti tempoh pembelajaran, kurikulum pendidikan dan pemahaman dalam matematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad Saifi, S. N.-S., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2020). Sorotan Literatur Bersistematik bagi Efikasi Kendiri Pelajar Terhadap Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), 76–89. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.570

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free