Pengintegrasian Permainan Berkomputer Dalam Pembelajaran Kesusateraan Bahasa Tamil Bagi Penguasaan Kemahiran Abad ke-21 Murid Sekolah

  • Manugaran S
  • Atan N
  • Md Yusof S
N/ACitations
Citations of this article
15Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pendidikan Komponen Sastera dilaksanakan melalui bimbingan murid-murid untuk menghayati, menghargai, mencintai serta membanggakan Bahasa, seterusnya berfikir secara analitis, kritis dan kreatif. Namun, sehingga kini penghayatan nilai-nilai kesusasteraan ini masih belum sepenuhnya dikuasai oleh murid-murid yang disebabkan oleh kurangnya meminati dan menyertai dalam aktiviti pembelajaran Kesusasteraan Bahasa Tamil. Berdasarkan kajian literatur, mendapati kaedah pembelajaran Kesusasteraan Bahasa Tamil memerlukan penambahbaikan agar murid dapat menguasai Komponen Sastera dengan baik selaras dengan Pembelajaran abad ke-21 serta keperluan pengintegrasian teknologi seperti yang dinyatakan dalam DSKP. Justeru kajian ini dilaksanakan dengan merekabentuk aktiviti pembelajaran Kesusasteraan Bahasa Tamil melalui suntikan elemen Pembelajaran abad ke-21 serta penggunaan teknologi berdasarkan strategi permainan berkomputer bagi menggalakkan murid untuk terus meminati dan aktif menyertai dalam pembelajaran, sekaligus meningkatkan kefahaman murid-murid. Penguasaan Kemahiran abad ke-21 dengan elemen kemahiran komunikasi, kolaboratif, pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan murid sekolah rendah disokong menerusi aktiviti pembelajaran yang disediakan. Seterusnya, kesan pengimplementasian aktiviti pembelajaran ini terhadap tahap kemahiran Abad ke-21 murid di kenalpasti menerusi rubrik penilaian dan tahap kefahaman diperolehi menerusi ujia- pra dan ujian-pos. Persepsi murid beserta temubual terhadap pengintegrasian strategi permainan berkomputer dengan elemen Pembelajaran Abad ke-21 turut didapatkan. Seramai 30 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terlibat dalam kajian ini berdasarkan rekabentuk kuasi-eksperimental. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi, serta dapatan yang diperolehi memaparkan terdapat kesan yang signifikan dengan nilai p<0.05 iaitu secara keseluruhan murid-murid menguasai dengan baik kemahiran Abad ke-21 dalam pembelajaran Kesusasteraan Bahasa Tamil dengan strategi permainan berkomputer. Selain itu, merujuk kepada persepsi murid-murid turut memaparkan respon yang positif terhadap penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Kesimpulannya, pengintegrasian strategi permainan berkomputer dalam pembelajaran Kesusateraan Bahasa Tamil dengan elemen Pembelajaran Abad ke-21 dapat membantu meningkatkan kefahaman murid-murid serta penguasaan kemahiran Komunikasi, Kolaboratif, Pemikiran Kreatif dan Kritis dengan baik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Manugaran, S., Atan, N. A., & Md Yusof, S. (2022). Pengintegrasian Permainan Berkomputer Dalam Pembelajaran Kesusateraan Bahasa Tamil Bagi Penguasaan Kemahiran Abad ke-21 Murid Sekolah. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1), 85–106. https://doi.org/10.11113/itlj.v6.84

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free