KEBERKESANAN KEBOLEHGUNAAN APLIKASI FUN Q BAGI MURID PRA TAHFIZ

  • Yahaya M
  • Razali K
  • Mustafa N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini  memfokuskan kepada keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q untuk kegunaan murid-murid pra tahfiz. Aplikasi ini berbentuk model teknologi hafazan yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah mempelajari, menghafaz dan memahami al-Quran dengan cara santai, mudah dan menyeronokkan. Sehingga kini pelbagai aplikasi digital yang dibangunkan bertujuan menjadi platform pembelajaran hafazan al-Quran. Namun perkembangan teknologi moden dan bidang teknologi dalam pendidikan tahfiz masih kurang diterokai dan mereka kekal dengan kaedah tradisional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q yang dibangunkan untuk murid-murid pra tahfiz. Metodologi untuk kajian ini adalah reka bentuk kualitatif yang menggunakan instrumen pemerhatian dan catatan nota kepada murid-murid pra tahfiz sebagai responden dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan pengguna berpuas hati menggunakan perisian kursus ini dengan memperoleh peratusan sebanyak 99. Oleh yang demikian, aplikasi ini dapat memberikan impak yang sangat besar dalam memandu pembelajaran tahfiz pra sekolah dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu juga, dapat membina kerohanian huffaz rabbani dan melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yahaya, M., Razali, K. S., Mustafa, N. M., Ismail, S., & Shaharudin, S. A. (2023). KEBERKESANAN KEBOLEHGUNAAN APLIKASI FUN Q BAGI MURID PRA TAHFIZ. QIRAAT Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 83–97. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.68

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free