Penggunaan Bahan Digital dalam Pentaksiran Sejarah Sekolah Rendah Berdasarkan Opsyen Guru

  • Nasir N
  • Ahmad A
  • Othman N
N/ACitations
Citations of this article
14Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pentaksiran merupakan salah satu proses yang penting untuk memastikan murid mencapai objektif pembelajaran. Perkembangan teknologi pada masa kini telah membawa pembaharuan dalam sistem pentaksiran termasuklah menggunakan bahan digital untuk mentaksir pencapaian murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan digital dalam pentaksiran mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan amalan pentaksiran digital dalam kalangan guru opsyen dengan bukan opsyen Sejarah. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada 118 orang guru Sejarah sekolah rendah di daerah Bangsar-Pudu. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru Sejarah tentang pentaksiran menggunakan bahan digital adalah sederhana tinggi. Tahap penggunaan bahan digital dalam pentaksiran mata pelajaran Sejarah juga sederhana tinggi. Selain itu, tidak terdapat perbezaan amalan pentaksiran digital dalam kalangan guru opsyen dengan bukan opsyen Sejarah. Kajian ini dapat memberi gambaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merancang strategi dan menyediakan fasiliti untuk menggalakkan guru menggunakan bahan digital dalam pentaksiran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Nasir, N. N., Ahmad, A., & Othman, N. (2024). Penggunaan Bahan Digital dalam Pentaksiran Sejarah Sekolah Rendah Berdasarkan Opsyen Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(2), e002709. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i2.2709

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free