Abstract
Dato’ Dr. Haron Din (1941-2016) merupakan sebahagian daripada ulama tanah air yang banyak menyumbang jasa terhadap komuniti Muslim di Malaysia. Beliau diiktiraf ramai pihak termasuk kerajaan sebagai tokoh yang berpengaruh. Kajian kualitatif ini berobjektif untuk menganalisis ketokohan Dato’ Dr. Haron Din dalam menyampaikan mesej dan gerak kerja dakwah dalam konteks menyebarkan penghayatan al-Quran. Kajian ini penting dalam memfokuskan sumbangan beliau dalam lapangan al-Quran dapat dicontohi setelah ketiadaannya. Di samping itu, kajian ini membuktikan beliau berkomitmen tinggi dalam menyampaikan risalah al-Quran untuk dihayati dalam kehidupan Muslim. Kaedah kajian ini mengaplikasikan kaedah induktif bagi mendapatkan fakta-fakta biografi dan sumbangan Dato’ Dr. Haron Din. Kaedah deskriptif pula dijalankan bagi menganalisis dan menghuraikan aspek-aspek ketokohan dan fakta-fakta sumbangan. Dapatan kajian telah menunjukkan Dato’ Dr. Haron Din telah menyumbang terhadap penghayatan al-Quran menerusi aktiviti penyampaian ilmu, penubuhan Darussyifa’, ketokohan sebagai pimpinan PAS dan khidmat negara seperti panel penasihat dan Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Dalam setiap penglibatannya, dakwah terhadap al-Quran sering ditekankan hasil daripada pemahamannya yang tinggi terhadap al-Quran dan pengajian Syariah yang dikuasainya.
Cite
CITATION STYLE
Muhammad Yusry Affandy Md Isa. (2020). Sumbangan Dato’ Dr. Haron Din Terhadap Penghayatan Al-Quran. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 16, 31–44. https://doi.org/10.33102/jmqs.v16i.242
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.