Khulasah Berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia (JPM), populasi banduan wanita semakin meningkat dari tahun ke tahun (tahun 2011; 8,230 orang, tahun 2012; 8,774 orang, tahun 2013; 11,221 orang). Beberapa kajian menunjukkan kecenderungan melakukan perbuatan menyimpang berkait dengan faktor keadaan konsep kendiri individu. Justeru, pihak JPM telah merangka modul pemulihan kepada banduan yang mana antara modul utama dilaksanakan ialah modul keagamaan. Rentetan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti keadaan semasa konsep kendiri banduan wanita dan mengenal pasti peranan program keagamaan terhadap pemulihan konsep kendiri mereka. Soal selidik Skala Asas Nilai Agama Devian (SANAD) digunakan bagi mengetahui tahap nilai keagamaan responden dan Six Factor Self Concept Scale (SFSCS) pula digunakan bagi mengetahui keadaan konsep kendiri mereka. Seramai 141 orang banduan wanita warganegara terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan program pemulihan melalui pendekatan keagamaan mampu mempengaruhi pembentukan konsep kendiri banduan wanita. Kefahaman agama yang tinggi,kekuatan akidah dan pelaksanaan ibadah dan syariat dapat membantu pembinaan konsep kendiri banduan wanita yang lebih positif.
CITATION STYLE
Abdul Jalil, S. J., Md Yusoff, Y., & Ismail, R. (2016). Peranan Program Keagamaan Terhadap Pemulihan Konsep Kendiri Banduan Wanita di Malaysia. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 18(2), 193–228. https://doi.org/10.22452/afkar.vol18no2.5
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.