Strategi Sokongan Perubahan Untuk Mengatasi Tekanan Emosi Guru Novis di Sekolah

  • Maula Boharim M
  • Abdul Wahab J
N/ACitations
Citations of this article
49Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tempoh permulaan karier sebagai guru biasanya digambarkan sebagai satu situasi yang mencabar emosi guru. Guru permulaan atau dikenali sebagai guru novis menghadapi situasi yang mencabar emosi mereka kerana mereka beralih dari fasa guru pelatih kepada guru permulaan di sekolah. Matlamat kertas konsep ini adalah untuk mengkaji bagaimana guru novis boleh menggunakan strategi Sokongan Perubahan untuk mengatasi tekanan emosi sebagai guru baharu di sekolah. Terdapat empat langkah dalam strategi sokongan perubahan iaitu mengukuhkan keraguan, mencabar pemikiran negatif, memperbaharui amalan dan mencapai kompetensi. Dapatan melalui kajian terdahulu mendapati guru-guru novis ada menggunakan strategi sokongan perubahan dalam mengatasi tekanan emosi mereka di sekolah. Sokongan perubahan yang baik mempengaruhi emosi dan kualiti kerja guru-guru novis. Kesimpulannya, strategi sokongan perubahan boleh digunakan sebagai salah satu cara dalam mengatasi tekanan emosi guru novis di sekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Maula Boharim, M. M., & Abdul Wahab, J. L. (2023). Strategi Sokongan Perubahan Untuk Mengatasi Tekanan Emosi Guru Novis di Sekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002260. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2260

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free