Pemikiran Islam mula mendapat tempat dalam perbahasan di kalangan para intelektual Islam dan bukan Islam sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pertambahan tokoh ilmuan. Sejak sekian lama, penulisan menjadi medan kepada tokoh intelektual Islam untuk menyampaikan dan menyebarkan pandangan serta pemikiran mereka mengenai sesuatu isu atau perkara. Fathi Yakan salah seorang tokoh yang dikenali dalam bidang dakwah, politik dan gerakan Islam turut menjadikan bidang penulisan sebagai satu cara untuk menyebarkan ilmu dan pemikiran beliau. Buku-buku beliau mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh pelosok dunia dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan Fathi Yakan dalam bidang pemikiran Islam. Kajian kepustakaan dilakukan bagi mendapat data mengenai Fathi Yakan serta sumbangan beliau dalam bidang pemikiran Islam. Hasil kajian mendapati bahawa Fathi Yakan telah memberi sumbangan dalam bidang pemikiran Islam menerusi karya-karya beliau yang berkisar mengenai pemikiran akidah, politik dan gerakan Islam, pendidikan, dakwah dan ekonomi.
CITATION STYLE
Mohaiyuddin, A. K., & Sahad, M. N. (2016). Fathi Yakan dan Sumbangannya dalam Bidang Pemikiran Islam. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 115–144. https://doi.org/10.22452/afkar.sp2016no1.5
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.