Penggunaan Modul dalam Meningkatkan Penguasaan Makhraj Huruf Hijaiyah Murid Tahun 1

  • Muhamad Kamil M
  • Nik Yusoff N
N/ACitations
Citations of this article
29Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian tindakan ini bertujuan bagi meningkatkan penguasaan makhraj huruf hijaiyah bagi murid Tahun 1 dengan menggunakan modul huruf hijaiyah. Pembinaan Modul ini berpandukan Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Arab Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan membina Modul Huruf Hijaiyah dan menilai keberkesanan modul tersebut. Kajian ini ialah suatu kajian tindakan (action research) dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Reka bentuk kajian tindakan digunakan kerana ianya dapat mengatasi masalah yang berlaku pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu Modul Huruf Hijaiyah yang dijalankan dalam beberapa fasa gelung kajian tindakan untuk mencapai matlamat pembelajaran subjek Bahasa Arab Tahun 1. Responden kajian ini terdiri daripada 38 orang murid tahun 1 yang bersekolah di sebuah sekolah rendah dalam daerah Petaling Perdana, Selangor. Responden terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Data dikumpulkan dengan menggunakan teknik pemerhatian dan rakaman video. Manakala instrumen ujian pra dan ujian pasca telah digunakan untuk menilai keberkesanan Modul Huruf Hijaiyah melalui perbandingan pencapaian murid dalam menyebut makhraj huruf hijaiyah Bahasa Arab sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Analisis data dinilai dengan statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati penguasaan makhraj huruf hijaiyah murid tahun satu meningkat dengan adanya bahan bantu mengajar berupa modul. Murid juga lebih yakin dan bersemangat kerana ada bahan rujukan yang boleh mereka gunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Cite

CITATION STYLE

APA

Muhamad Kamil, M. N. F. B., & Nik Yusoff, N. M. R. B. (2022). Penggunaan Modul dalam Meningkatkan Penguasaan Makhraj Huruf Hijaiyah Murid Tahun 1. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001391. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1391

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free