Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis keupayaan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam melakukan pengajaran dan pembelajaran (PdP) setelah mengikuti program latihan guru berasaskan Integrated Holistic Education System (IHES). Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian berdasarkan Model Penilaian Kirkpatrick bagi menghuraikan aspek pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan sikap) guru-guru SRA JAIS dalam melaksanakan PdP. Sampel kajian adalah terdiri daripada 535 orang guru SRA JAIS daripada jumlah populasi seramai 5,489 orang guru yang meliputi sembilan daerah di Selangor. Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan perisian program SPSS versi 22.0 bagi data kuantitatif yang diperolehi secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan adalah tinggi pada aspek pengetahuan dan sikap guru kecuali pada aspek kemahiran guru yang memperolehi skor min keseluruhan sederhana tinggi. Implikasi kajian ini mencadangkan supaya pihak JAIS memberikan latihan yang khusus berkaitan kemahiran guru berkaitan pengajaran secara integrasi untuk menambahbaik kualiti pengajaran guru. Kesimpulannya, keupayaan guru-guru SRA JAIS adalah baik keseluruhannya dari aspek pengetahuan dan sikap guru serta perlu penambahbaikan berterusan berkaitan kemahiran PdP guru dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa pendidikan masa kini.
Cite
CITATION STYLE
Sabilan, S., Ishak, M. F., Mohamed Lip, S., Zdainal Abidin, S., & Sulaiman, S. H. (2024). Keupayaan Guru-Guru Pendidikan Islam Melaksanakan Pengajaran Berasaskan IHES. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8(1), 76–90. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.202
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.