Representasi Hubungan Etnik dalam Novel Remaja dari Perspektif Etika Sosiobudaya

  • Mahadi M
  • Tengku Mohd Ali T
  • Shah Omar M
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Novel remaja sering memerihalkan keunikan hubungan etnik, kepentingan, dan isu sejagat yang dihadapi oleh masyarakat multikultur di seluruh dunia. Pemerihalan ini memerlukan penerokaan khusus untuk meneliti sejauh mana novel remaja merepresentasikan hubungan etnik. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis hubungan etnik dalam novel-novel remaja dari perspektif etika sosiobudaya berlandaskan Teori Etika dalam Sastera. Kajian ini dilakukan secara kualitatif deskriptif. Analisis dan kajian ditumpukan kepada identiti dan latar sosiobudaya, hubungan antara kaum dan fenomena sosiobudaya yang terdapat dalam novel-novel remaja terpilih, iaitu novel Ayah, Nyanyian Musim Rusuh dan Nanyang. Hasil kajian menunjukkan bahawa novel-novel remaja terpilih memainkan peranan penting dalam memperkenalkan hubungan etnik kepada pembaca remaja. Kajian juga membuktikan pemahaman tentang budaya masyarakat dalam novel remaja tidak hanya menyumbang kepada pembangunan literasi remaja, tetapi juga memperluaskan horizon kebudayaan remaja dan membantu memupuk pemikiran kritis dan menyemai semangat muhibah. Kajian ini merumuskan bahawa novel remaja merupakan medium yang berpotensi menyalurkan pesanan etika tentang kepentingan memelihara hubungan etnik. Dicadangkan kajian lanjutan dilakukan ke atas bahan bacaan lain supaya cakupannya lebih komprehensif.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mahadi, M., Tengku Mohd Ali, T. I. M., & Shah Omar, M. (2024). Representasi Hubungan Etnik dalam Novel Remaja dari Perspektif Etika Sosiobudaya. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 32(S2). https://doi.org/10.47836/pjssh.32.s2.02

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free