Abstract
Abstrak: Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada parti mampu membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Oleh itu, parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk membentuk kerajaan pemerintah. Penyertaan PAS dalam menjalin kerjasama politik juga tidak terkecuali. PAS telah menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak tujuh kali bermula pada tahun 1974 dengan Barisan Nasional (BN), Harakah Keadilan Rakyat (HAK), Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional hingga 2022. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kaedah analisis kandungan dan analisis perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO, PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Dapatan artikel ini menunjukkan pengaruh kerjasama politik PAS berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar (policy seeking) yang dibuktikan apabila PAS menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa (office seeking) dan dibuktikan dengan matlamat menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan parti komponen lain, serta beberapa manfaat yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan untuk mendapatkan undi (voting seeking) di mana kerjasama politik memberi lebih banyak undian pada PAS berbanding bertanding secara sendirian. Dengan penemuan ini, artikel ini menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang diambil oleh sesebuah parti politik dalam menjalankan kerjasama politik. Abstract: Malaysia as a democratic country that practises a multi-party system; hence a single party could not gain most seats to form the government alone. This had led to the formation of political coalition by PAS. As of now, PAS had established seven political coalitions with different parties of policies and backgrounds, from Barisan Nasional (BN) to Harakah Keadilan Rakyat (HAK) to Angkatan Perpaduan Ummah (APU) to Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), Muafakat Nasional (MN) and lastly, Perikatan Nasional (PN), from 1974 until 2022. Therefore, the study aimed to explain the influences that involves in the formation of PAS's political coalitions. In this study, data were analysed qualitatively via in-depth interviews with PAS, PKR, UMNO, and DAP main leaders, and the extraction of the content analysis from the texts of Presidential Policy Speech delivered at the Annual Muktamar from 1974 to 2020. Findings have revealed that the political coalitions created by PAS were formed through discussions of common goals. Finding on the impact of political cooperation indicate that PAS has made three rational judgements based on 3 influences; i) forming a political coalition to achieve the policy objectives of the party (policy seeking) that occurred to their mission to implement Islamic Judiciary into the governance of the country, (ii) gaining power (office seeking), (iii) gaining votes to win elections (vote seeking). The study’s finding undoubtedly contributes to the richness of political sciences knowledge by analyzing the influence and factors made by political party in the act of forming political coalition.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Isa, N. A., Ahmad, Z., Talib, A. T., Jawan, J., & Abdul Razak, R. R. (2023). Faktor Pembentukan Kerjasama Politik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan parti politik di Malaysia dari 1974-2022. Sains Insani, 8(2), 217–225. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol8no2.465
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.