Kesediaan Guru Pendidikan Khas Pembelajaran dalam Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 (PAK-21)

  • Majid N
  • Abdul Majid R
N/ACitations
Citations of this article
85Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) merujuk kepada inisiatif Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan melalui keberhasilan murid melalui lima elemen standard pengajaran PAK 21. Objektif kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru khas masalah pembelajaran dari segi pengetahuan, kemahiran dan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Data diperolehi melalui rekabentuk kaedah tinjauan atas talian yang melibatkan 60 orang guru pendidikan khas masalah pembelajaran sekitar daerah Johor Bahru. Instrumen kajian menggunakan soal selidik skala Likert 4 mata dan hasil kajian dianalisa dengan menggunakan program Statisttical Packages for Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan PAK 21 di kalangan guru-guru khas masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran adalah di tahap sederhana (min = 2.92). Namun demikian, terdapat hubungan yang kuat antara pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PAK 21. Hasil kajian memberi implikasi terhadap keperluan dan latihan guru pada masa akan datang dalam menyediakan guru-guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang berkemahiran dalam PAK 21.

Cite

CITATION STYLE

APA

Majid, N. B., & Abdul Majid, R. B. (2022). Kesediaan Guru Pendidikan Khas Pembelajaran dalam Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 240–250. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i1.1252

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free