Ruang Kemanusiaan NGO dalam Persekitaran Aman di Malaysia

  • Nazri A
N/ACitations
Citations of this article
39Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Ruang kemanusiaan merupakan salah satu konsep dalam bidang ilmu hubungan antarabangsa. Konotasi ruang kemanusiaan merujuk kepada keupayaan pekerja kemanusiaan menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan di persekitaran operasi. Namun, konsep ini dilihat hanya dibincangkan dan diberi tumpuan dalam persekitaran yang mempunyai konflik peperangan seperti di Syria, Yaman dan Gaza kerana di sana terdapat pelbagai ancaman daripada pengganas, tentera atau pemerintah negara itu sendiri yang membantutkan aktiviti pengedaran bantuan NGO kepada mangsa terjejas. Kajian ini mempunyai dua matlamat iaitu untuk mengenal pasti bagaimana tindak balas kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara aman dalam memberi ruang kemanusiaan kepada NGO bagi membantu pelarian di Malaysia dan adakah konsep ini relevan untuk diperbahaskan di dalam persekitaran aman? Pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual bersama lapan orang informan terpilih yang terlibat secara langsung dalam isu pelarian di Malaysia dan pemerhatian turut serta bersama aktiviti kemanusiaan telah diaplikasikan bagi mengumpul data primer kajian. Dapatan kajian menunjukkan NGO mempunyai ruang yang optimis untuk beroperasi dan menjalankan aktiviti membantu pelarian kerana tidak wujud sebarang halangan daripada kerajaan Malaysia. Sebaliknya, dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai bentuk kolaborasi di antara NGO dan kerajaan di dalam projek khusus memperkasakan bantuan dalam kalangan pelarian. Kajian ini juga mendapati walaupun ruang kemanusiaan selalu dipolemikkan di dalam senario konflik peperangan, namun konsep ini masih relevan untuk dibahas dan diaplikasi di dalam situasi geopolitik yang tidak mempunyai konflik seperti di Malaysia. Kata kunci: Bantuan kemanusiaan; kerajaan Malaysia; NGO; pelarian; ruang kemanusiaan

Cite

CITATION STYLE

APA

Nazri, A. S. (2022). Ruang Kemanusiaan NGO dalam Persekitaran Aman di Malaysia. Akademika, 92(3), 101–115. https://doi.org/10.17576/akad-2022-9203-08

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free