Sometimes there is a doubt in society, especially Muslims today about food and consumables that have been mixed in terms of content. The purpose of this study is to see the extent of istihlak and istihalah methods in the production of a halal product in Malaysia. Library studies have been used in establishing the basis of decision making for these two methods, views and differences of opinion between the fuqaha on various fiqh school of thought are also highlighted based on their main books. Furthermore, istihlak and istihalah's position in halal product processing in Malaysia is reviewed by examining the enactments and related acts. In addition, the fatwa and legal provisions decided by the authorized party, The National Council of Fatwa Commitee Malaysia were also reviewed to evaluate the application of this method more thoroughly. The study found that istihlak and istihalah methods used in the production of halal products in Malaysia are only in a narrow and restricted context as practice in the Syafie school of thought. Priority to the Syafie school of thought which is the official sects of the country in the determination and interpreting of the law and fatwa continues to be maintained in order to safeguard the harmony and well-being of society in general. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kaedah istihlak dan istihalah diterima dalam menentukan penghasilan sesuatu produk halal di Malaysia. Kajian perpustakaan telah digunakan dalam menetapkan asas penetapan hukum bagi kedua-dua kaedah ini, pandangan dan perbezaan pendapat antara fuqaha mazhab juga diketengahkan berdasarkan kitab-kitab utama mereka. Seterusnya kedudukan istihlak dan istihalah dalam pemprosesan produk halal di Malaysia dikaji dengan meneliti enakmen dan akta berkaitan. Selain itu, fatwa dan ketetapan hukum yang diputuskan pihak yang diberi kuasa iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga diteliti untuk menilai pemakaian kaedah ini secara lebih menyeluruh. Kajian mendapati kaedah istihlak dan istihalah yang digunakan dalam penghasilan produk halal di Malaysia hanya dalam konteks yang sempit dan terhad sahaja sebagaimana amalan dalam mazhab Syafie. Keutamaan kepada mazhab Syafie yang menjadi pegangan rasmi negara dalam menentu dan mentafsirkan hukum serta fatwa terus dikekalkan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat secara amnya.
CITATION STYLE
Ab rahman, Z. mamat. (2019). Pemakaian Kaedah Istihlak dan Istihalah dalam Penentuan Produk Halal di Malaysia Berdasarkan Bidangkuasa Perundangan dan Keputusan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 15(1), 23–43. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol15no1.194
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.