Komunikasi dalam Adaptasi Antara Budaya Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia

  • Ridaryanthi M
N/ACitations
Citations of this article
26Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini melihat pengalaman komunikasi dan adaptasi antara budaya Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Penghijrahan TKI ke Malaysia yang berlaku terus menerus penting untuk dikaji daripada sudut pandang ilmu komunikasi. Keberadaan TKI sebagai pendatang tidak dapat dielakkan dari terwujudnya interaksi dan komunikasi dalam kehidupan sehari-hari di negara tuan rumah. Untuk itu, kajian ini meneroka pengalaman komunikasi dan adaptasi TKI di negara destinasi dengan menjalankan kajian kualitatif dengan perbincangan kumpulan fokus dan temu bual mendalam untuk kajian lapangan. Didapati bahawa interaksi dan komunikasi TKI dalam penghijrahan wujud antara sesama TKI penghijrah, antara TKI dengan keluarga di tanah air, antara TKI dengan masyarakat tuan rumah dan komunikasi melalui penggunaan media. Diketahui bahawa pendedahan ke atas media massa memberikan kesan ke atas pembentukan persepsi, stereotaip dan bahkan prejudis dalam interaksi sehari-hari. Sebagai kesannya, masyarakat tuan rumah cenderung membangun interaksi dengan TKI pada permukaan sahaja. Kesan daripada pengalaman bekerja di luar negara dihuraikan sebagai gambaran bagaimana mereka melalui pengalaman penghijrahan mereka di rantau dalam proses adaptasi antara budayanya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ridaryanthi, M. (2021). Komunikasi dalam Adaptasi Antara Budaya Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 21–36. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.743

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free