Abstract
ABSTRACT Riddles tests the mind. Riddles differs from another form of poetry tradition. Riddles incorporates questions to be guessed. In the contexts of riddles, playing with it educates the mind of the guesser and the riddler. The reason is simple, communities back in the day love to entertain themselves verbally. Educating while entertaining oneself sharpens the mind. This research uses descriptive qualitative method in order to explain, analyse and elaborate observations based on the recording of a riddle contests. The data from the contests is analysed and transcripted whilst focusing on the observation of the environment and contestants' behaviour in the study of performance that includes three stages of observations. These three stages consisting of riddling contexts, riddling situation, and the presence of both riddlers and guessers that proves, Malay riddles are able develop the personality of children. This research involves diverse contestants from SK Bandar Baru Putera, Ipoh. The contestants are representing in the classroom from each grade from preschool to year 6. Every grade are represented by 6 contestants consisting of males and females. Total count of contestants is 18 from 3 classroom. The riddles showcase creative combinations by the creator. Images in the riddles manifest elements riddles use in formal Malay language. Riddling practice develops children's personality. ABSTRAK Teka-teki menduga akal. Teka-teki berbeza dengan tradisi puisi lisan yang lain. Dalam teka-teki terkandung soalan untuk diteka. Dalam konteks teka-teki, bermain mendidik jiwa penutur dan penekanya. Alasannya mudah sahaja, kerana masyarakat dahulu gemarkan berhibur menggunakan lisan. Mendidik sambil berhibur membina kehalusan akal. Teka-teki Melayu didedahkan kepada kanak-kanak melalui bentuk pertandingan. Kajian in menggunakan kaedah deskriptif kualitatif untuk menerangkan, menganalisis dan menjelaskan tinjauan berdasarkan rakaman pertandingan teka-teki. Data pertandingan dianalisis dan ditranskripsikan dengan memfokuskan pemerhatian terhadap suasana dan tingkah laku peserta dalam konteks persembahan yang melibatkan tiga peringkat pemerhatian iaitu konteks berteka-teki, situasi berteka-teki dan kehadiran penutur dan peneka dalam kalangan kanak-kanak yang dapat membuktikan teka-teki Melayu dapat membina sahsiah. Kajian melibatkan para peserta dari Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera, Ipoh yang terdiri daripada peserta berbilang kaum. Peserta pertandingan melibatkan sebuah kelas daripada setiap tahun bermula dari tahun 4 hingga tahun 6. Setiap tahun diwakili 6 orang peserta yang terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan. Keseluruhan peserta melibatkan 18 orang kanak-kanak daripada 3 buah kelas. Khazanah teka-teki Melayu memperlihatkan adunan yang sangat kreatif penciptanya. Imej-imej dalam teka-teki Melayu memancarkan elemen yang menarik penggunaan teka-teki dalam pengajaran bahasa Melayu sebagai amalan berteka-teki yang dapat membina sahsiah kanak-kanak.
Cite
CITATION STYLE
Abdul Rahim, F., & Md. Radzi, S. B. (2021). TEKA-TEKI MELAYU MEMBINA SAHSIAH KANAK-KANAK. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 7(1), 169–186. https://doi.org/10.51200/jobsts.v7i1.3609
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.