Rahmatan Lil ‘Alamin: Kerangka Konsep Keharmonian Di Malaysia

  • Mohd Khalli M
  • Sintang S
  • Marinsah S
N/ACitations
Citations of this article
56Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sensitiviti agama seringkali menjadi cabaran utama dalam mencapai sebuah keharmonian negara. Apatah lagi seringkali dipaparkan melalui media berlakunya ekstrimis dan kesalahfahaman antara agama mahupun bangsa yang kemudiannya memberi satu impak prasangka dan prejudis antara masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membawa satu pencerahan melalui konsep Rahmatan Lil ‘Alamin sebagai platform yang digunakan untuk merangka keharmonian dalam kepelbagaian masyarakat di Malaysia. Melalui konsep dan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin ini bukanlah suatu yang baru diketengahkan malah ia telah lama diamalkan. Metode kajian ini adalah berdasarkan analisis kandungan teks (content analysis) yang diolah daripada perspektif Islam, historis dan falsafah bagi menjelaskan kerangka konseptual keharmonian yang dibina daripada gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin. Berdasarkan kajian ini, hubungan masyarakat Malaysia masih terkawal walau banyak cabarannya dalam mengecapi keharmonian tersebut. Hal ini kerana sikap toleransi sesama masyarakat masih diketengahkan sebagaimana konsep Rahmatan Lil ‘Alamin. Jangkaa kajian akan menghasilkan satu kerangka konseptual keharmonian dalam konteks Malaysia yang diperincikan daripada perbahasan tentang gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin daripada pelbagai perspektif dan amalannya di Malaysia. Dengan adanya kajian ini, hubungkait antara keharmonian dan Rahmatan Lil ‘Alamin dapat dihasilkan yang boleh diguna pakai sebagai satu dasar kerajaan demi melestarikan masyarakat plural yang harmoni di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Khalli, M. N., Sintang, S., & Marinsah, S. A. (2020). Rahmatan Lil ‘Alamin: Kerangka Konsep Keharmonian Di Malaysia. Sains Insani, 5(2), 32–42. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.129

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free