Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan dan menyelidik cabaran yang dihadapi oleh pihak perkhidmatan kurier dan pengguna akibat daripada peningkatan penggunaan perkhidmatan kurier dalam kalangan masyarakat semenjak Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia. Satu tinjauan dalam talian digunakan untuk mengumpul data. Terdapat 50 responden dalam kajian ini yang terdiri daripada 20 lelaki dan 30 wanita. Antara syarikat perkhidmatan kurier yang terdapat dalam kutipan data adalah Pos Malaysia dan J&T Express. Pengutipan data dilakukan kepada responden dalam anggaran umur yang berbeza dengan menilai perkhidmatan kurier pilihan pengguna, faktor kecenderungan membeli secara atas talian, kuantiti barangan yang dipesan, kepuasan terhadap perkhidmatan kurier. Keputusan daripada kajian tersebut didapati terdapat beberapa cabaran penggunaan perkhidmatan kurier yang dihadapi oleh pengguna sekaligus memberikan impak kepada pihak perkhidmatan kurier tersebut.
CITATION STYLE
Md Danial, N. F., Md Afif, N. F., & Mohd Ishar, M. I. (2021). Cabaran Terhadap Pihak Perkhidmatan Kurier dan Pengguna Semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(11), 211–220. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i11.1152
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.