Hubungan Dinamik antara Pasaran Saham dengan Kadar Pertukaran: Bukti Empirikal di Asean-3

  • Mohd Nor A
  • Kogid M
  • Sarmidi T
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara pasaran saham dengan kadar pertukaran di negara ASEAN terpilih iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina. Dengan menggunakan data bulanan bermula Januari 1994 hingga September 2011, hasil ujian Johansen dengan perubahan struktur menunjukkan wujud hubungan kointegrasi antara pasaran saham dengan kadar pertukaran bagi kes Malaysia dan Filipina sahaja. Walau bagaimanapun, hasil ujian penyebab Granger jangka pendek berdasarkan pendekatan dinamik VECM dan Toda-Yamamoto menunjukkan wujud hubungan penyebab dua hala antara pasaran saham dengan kada pertukaran bagi kes Malaysia dan Thailand dengan darjah hubungan penyebab Granger yang kuat daripada kadar pertukaran kepada pasaran saham di Malaysia. Sebaliknya tiada hubungan penyebab dapat dikesan bagi kes Filipina. Dua hasil penting daripada kajian ini adalah: (1) Kajian ini mencadangkan bahawa krisis kewangan Asia dan krisis ekonomi global memberikan kesan yang berbeza terhadap hubungan dinamik antara pasaran saham dengan kadar pertukaran di tiga negara yang dikaji; (2) Implikasi dasar ekonomi berkaitan hubungan antara pasaran saham dengan kadar pertukaran adalah bersifat khusus kepada sesebuah negara.   Kata Kunci: SP, REER, kointegrasi, Penyebab Granger, perubahan struktur.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Nor, A. H. S., Kogid, M., & Sarmidi, T. (2012). Hubungan Dinamik antara Pasaran Saham dengan Kadar Pertukaran: Bukti Empirikal di Asean-3. International Journal of Management Studies, 19. https://doi.org/10.32890/ijms.19.2.2012.10377

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free