Perspektif Terhadap Mata Pelajaran Sejarah Melalui Pembelajaran Berasaskan Dokumen

  • Kaviza M
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian tinjauan secara deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perspektif murid terhadap mata pelajaran sejarah dari aspek sebagai proses analisis, sebagai proses kefahaman dan sebagai proses imaginasi melalui pembelajaran berasaskan dokumen. Seramai 55 orang murid tingkatan empat yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan bertujuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang telah disemak kesahannya oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap perspektif murid terhadap mata pelajaran sejarah secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Tambahan pula, perspektif murid terhadap mata pelajaran sebagai proses analisis, sebagai proses kefahaman dan sebagai proses imaginasi berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian ini telah memaparkan sumber maklumat bahawa pembelajaran berasaskan dokumen dapat membentuk perspektif murid yang baik terhadap mata pelajaran sejarah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Kaviza, M. (2020). Perspektif Terhadap Mata Pelajaran Sejarah Melalui Pembelajaran Berasaskan Dokumen. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(1), 116–123. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i1.412

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free