Maqasid Syariah dalam Industri Halal: Aplikasi Elemen Keselamatan Makanan dalam Kalangan Pengusaha Pembuatan Produk Makanan di Bangi, Selangor

  • Hashim K
  • Tumiran M
  • Husna A
N/ACitations
Citations of this article
30Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Industri halal di Malaysia telah berkembang sejajar dengan permintaan global terhadap produk dan perkhidmatan yang mempunyai pensijilan. Pensijilan makanan dapat dibahagikan kepada dua ketagori utama iaitu pensijilan halal dan pensijilan keselamatan makanan. Perkembangan positif ini berkait rapat dengan faktor keselamatan dan kebersihan dalam proses pembuatan. Elemen-elemen keselamatan makanan sangat penting untuk diaplikasi dalam proses pembuatan produk di kalangan pengusaha supaya kebersihan dan kualiti dapat dipelihara. Kegagalan mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan berlaku pengabaian keselamatan dan kebersihan di samping kekurangan pengetahuan. Memelihara nyawa merupakan salah satu prinsip utama dalam maqasid syariah dan mempunyai kaitan dengan kesihatan tubuh manusia melalui makanan yang selamat, bersih dan berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk melihat aplikasi elemen-elemen keselamatan dan kebersihan yang dipraktikkan oleh pengusaha pembuatan produk makanan di Bangi, Selangor. Kemudian, pengkaji melihat hubung kait maqasid syariah dengan keselamatan makanan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual. Proses temu bual dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan soalan separa berstruktur melalui aplikasi google meet. Data-data yang dikumpul dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan bagi mendapatkan dapatan kajian kemudian diperbincangkan. Kajian ini mendapati bahawa keselamatan dan kebersihan makanan sangat penting bagi menjamin keselamatan pengguna. Wujud beberapa elemen-elemen keselamatan dan kebersihan yang diaplikasi oleh pengusaha mempunyai hubung kait dengan maqasid syariah memelihara nyawa. Oleh itu, pengusaha mesti mengaplikasikan elemen keselamatan makanan dalam pembuatan produk bagi menjamin makanan yang halal, selamat, bersih dan berkualiti kepada pengguna. The halal industry in Malaysia has grown in line with the global demand for certified products and services. This positive development is closely related to safety and hygiene factors in the manufacturing process. Elements of food safety are very important to be applied in the product manufacturing process among entrepreneurs so that hygiene and quality can be maintained. Failure to practice standard operating procedures (SOPs) results in neglect of safety and hygiene as well as a lack of knowledge. Preserving life is one of the main principles in the maqasid syariah and has to do with the health of the human body through safe, clean, and quality food. This study aims to look at the application of safety and hygiene elements implemented by product manufacturing operators in Bangi Selangor. Then, the researcher looked at the relationship between the maqasid syariah and food safety. This study is qualitative using the interview method and the Google meet application. The interview process was conducted online using semi-structured questions. The data collected were analysed through a content analysis approach to obtain the findings of the study and then discussed. This study found that food safety and hygiene are very important to ensure consumer safety. There are several elements of safety and hygiene applied by entrepreneurs that have a relationship with the maqasid syariah to preserve life. Therefore, entrepreneurs must apply food safety elements in the manufacture of products to ensure halal, safe, clean, and quality food to consumers.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hashim, K. E., Tumiran, M. A., & Husna, A. (2023). Maqasid Syariah dalam Industri Halal: Aplikasi Elemen Keselamatan Makanan dalam Kalangan Pengusaha Pembuatan Produk Makanan di Bangi, Selangor. Journal of Management and Muamalah, 13(1), 1–12. https://doi.org/10.53840/jmm.v13i1.144

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free