Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Alam Semula Jadi Terhadap Pencapaian Matematik Awal Kanak-Kanak Prasekolah

  • Noraidi N
  • Ompok C
  • Idang J
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan skor min markah antara ujian pra dan pasca terhadap pencapaian matematik awal kanak-kanak prasekolah selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian eksperimen dan menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, diikuti dengan intervensi selama 8 minggu dan kemudiannya ujian pasca. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian statistik iaitu ujian-T Sampel Berulangan. Dapatan kajian menunjukkan skor min markah bagi ujian pra adalah 70.8% dan 94% bagi ujian pasca. Skor min markah meningkat sebanyak 23.2% selepas intervensi pembelajaran berasaskan alam semula jadi dijalankan. Ujian-T Sampel Berulangan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor min markah antara ujian pra dan ujian pasca iaitu t (24) = -6.920, k < 0.05. Hasil kajian ini telah membuktikan keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semula jadi terhadap pencapaian matematik awal kanak-kanak prasekolah. Implikasinya, intervensi dalam kajian ini dapat menjadi panduan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran matematik awal kanak-kanak prasekolah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Noraidi, N., Ompok, C. S. @ C., Idang, J., & Sukor, N. S. (2024). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Alam Semula Jadi Terhadap Pencapaian Matematik Awal Kanak-Kanak Prasekolah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(10), e003034. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i10.3034

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free