Kajian ini adalah untuk memahami perkembangan fahaman gerakan pemisahan yang digerakkan oleh sebuah organisasi dikenali Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Sejak SSKM ditubuhkan tahun 2011, gerakan ini telah mendapat sambutan yang baik terutama dalam kalangan golongan muda yang inginkan hak yang lebih adil terutamanya dari segi ekonomi dan politik kepada dua negeri di Malaysia. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang telah mendorong penubuhan SSKM, strategi-strategi yang telah diguna pakai untuk menarik sokongan kepada kumpulan ini dan akhir sekali membincangkan masa depan SSKM selepas pilihanraya umum yang ke-14. Melalui kaedah perpustakaan, data-data sekunder yang berkaitan dengan SSKM akan dianalisis untuk menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa SSKM ini telah di manipulasi oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk mendapatkan 'political mileage' di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kemenangan parti tempatan iaitu Parti Warisan dalam pilihan raya ke-14 di Sabah dan pembentukan Gabungan Sarawak telah menjadikan tuntutan-tuntutan SSKM ini tidak disokong oleh majoriti masyarakat di Sabah dan Sarawak. AbstractThis study is to understand the development of the activist movement called Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Since the formation of SSKM in 2011, it managed to galvanise the support of the youths in demanding equality from the federal government in Putrajaya for Sabah and Sarawak. By using library research and secondary sources, this paper intends to explore factors which have contributed to the formation of SSKM, strategies that were used by SSKM to remain relevant, and finally, the future of SKMM in the aftermath of the 14th Malaysian General Elections. The findings of this study indicate that the leaders of SKMM have manipulated the issues related to Sabahan and Sarawakian rights for their personal political gain. The election victory for the Sabah based Parti Warisan Sabah and the creation of Parti Gabungan Sarawak in the recently concluded election have hampered the relevance of SKMM in Sabah and Sarawak.
CITATION STYLE
Saiful Sinring, M., & Govindasamy, A. R. (2018). SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM): HALA TUJU SELEPAS PRU-14. Jurnal Kinabalu, 411. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1657
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.