POTENSI DAN CABARAN PERNIAGAAN E-DAGANG PASCA COVID-19: SUATU CADANGAN PENYELESAIAN

  • Baharun M
  • Mohd Balwi M
N/ACitations
Citations of this article
78Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Wabak Covid-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik berikutan penularannya yang semakin meningkat saban hari. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kesannya, kebanyakan daripada rakyat Malaysia, khususnya usahawan, kehilangan punca pendapatan dalam tempoh Covid-19 ini. Oleh yang demikian, makalah ini dihasilkan bagi mengetengahkan e-dagang sebagai alternatif yang terbaik dalam usaha mencari mata pencarian pasca Covid-19, khususnya kepada usahawan Muslim. Data-data yang diperoleh melalui kajian perpustakaan, akan digunakan untuk menganalisis potensi dan cabaran pelaksanaan perniagaan secara e-dagang kepada usahawan Muslim. Hasil daripada kajian mendapati bahawa, potensi perniagaan secara e-dagang adalah peluang dan pasarannya yang lebih luas, serta mampu memaksimumkan pencapaian matlamat keusahawanan dalam Islam. Manakala cabaran utama yang perlu diatasi untuk pelaksanaan perniagaan secara e-dagang pula ialah cabaran persaingan antara peniaga, ilmu pengetahuan, masalah disiplin, serta komitmen usahawan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Baharun, M. T., & Mohd Balwi, M. A. W. F. (2021). POTENSI DAN CABARAN PERNIAGAAN E-DAGANG PASCA COVID-19: SUATU CADANGAN PENYELESAIAN. Online Jurnal of Islamic Management and Finance, 1(1), 1–12. https://doi.org/10.22452/ojimf.vol1no1.1

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free