Dikir Barat merupakan salah satu khazanah budaya yang terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan yang menjadi kebanggaan rakyat negeri tersebut. Kini, seni budaya Dikir Barat telah berkembang bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain padat dengan elemen kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu Pantai Timur, kesenian ini juga mengandungi pelbagai amanat dan nasihat yang berkesan kepada khalayak. Menerusi keadah kualitatif dengan cara pendokumentasian lirik, Dikir Barat Halim Yazid yang dipilih akan dijadikan sandaran untuk mengenal pasti dan menganalisis amanat serta impak yang terkandung dalam lirik tersebut. Aplikasi prinsip Teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan pada tahun 2005 merupakan teras utama dalam memastikan hubungkait antara analisis kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa setiap bait lirik Dikir Barat Halim Yazid kaya dengan amanat yang mampu memberikan impak berguna bagi membentuk tingkah laku dan moral yang positif dalam kalangan masyarakat. Lirik yang didendangkan boleh membentuk tingkah laku dan moral postif dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Kelantan malah, masyarakat di seluruh negara.
CITATION STYLE
Ismail, M. F., Noor Muhammad, S. J., & Che Yaacob, M. F. (2016). Unsur Amanat dan Impak Lirik Dikir Barat Halim Yazid. International Journal of Language Education and Applied Linguistics. https://doi.org/10.15282/ijleal.v4.486
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.