Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih dalam Pengajaran Terjemahan Kinayah al-Quran kepada Bahasa Melayu

  • Abdullah N
  • Abd. Rahman L
  • Samsudin S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran adalah sangat signifikan. Hal ini adalah kerana penggunaan teknologi mampu mewujudkan pengalaman baharu yang lebih menyeronokkan dan menarik dalam proses pembelajaran. Namun begitu, timbul persoalan tentang kesediaan tenaga pengajar itu sendiri dalam usaha memanfaatkan pendekatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain masalah keberadaan bahan bantu mengajar yang bersifat teknologi yang boleh menyokong tenaga pengajar ke arah penggunaan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau potensi penggunaan aplikasi mudah alih di kalangan tenaga pengajar sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek balaghah. Kajian ini hanya memfokuskan pengajaran terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan metode kualitatif melalui temubual bersama lima (5) orang tenaga pengajar subjek balaghah di dua (2) institusi iaitu Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hasil temubual menunjukkan bahawa tenaga pengajar memberikan maklum balas positif bukan sahaja dari segi kesediaan mereka mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP), malah juga dari segi sokongan kepada keberadaan aplikasi mudah alih itu sendiri sebagai bahan bantu mengajar bagi terjemahan kinayah al-Quran. Oleh itu, kajian yang menjurus kepada penginovasian dalam pengajaran dan pembelajaran subjek balaghah perlu diusahakan agar boleh menyediakan alternatif kepada bahan bantu mengajar yang bersifat teknologi, selain boleh meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek balaghah umumnya dan tajuk kinayah khususnya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdullah, N., Abd. Rahman, L., Samsudin, S., & Mansor, N. (2024). Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih dalam Pengajaran Terjemahan Kinayah al-Quran kepada Bahasa Melayu. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 11(2), 146–164. https://doi.org/10.53840/ejpi.v11i2.188

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free