Peranan Pihak Berautoriti Menangani Penyelewengan dalam Amalan Pengubatan Islam di Malaysia: Analisis Pendekatan Dakwah

  • Ab Hamid N
  • Nik Abdul Majid N
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Amalan pengubatan Islam adalah satu bidang perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) sebaris dengan enam perubatan tradisional dan komplementari yang lain. Demi menjaga prinsip amalan pengubatan Islam patuh syariah, terdapat beberapa langkah dan peranan yang dimainkan oleh pihak berautoriti pada peringkat persekutuan seperti KKM, pada peringkat negeri seperti Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dan pada peringkat badan pengamal iaitu Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’). Justeru, artikel ini membincangkan peranan pihak berautoriti sebagai suatu gerakan dakwah dari konteks mencegah kemungkaran atas mafsadah yang berlaku. Oleh itu, data primer daripada kaedah temu bual dan data sekunder daripada kajian kepustakaan digunakan sebagai kaedah pengumpulan data kajian ini. Seterusnya, data diinterpretasi dengan menggunakan analisis kandungan dan analisis tematik. Kajian ini mendapati terdapat empat pendekatan dakwah yang digunakan oleh pihak berautoriti iaitu dakwah melalui kuasa, amaran dan undang-undang, mauizah al-hasanah, mudajalah dan dakwah melalui saluran dan media. Kesimpulannya, peranan dakwah pada peringkat Persekutuan, negeri mahupun pada peringkat badan pengamal adalah sangat penting dalam menangani penyelewengan yang dilakukan oleh pengamal yang semakin membarah dalam amalan pengubatan Islam di Malaysia. Islamic medicine is one of six traditional and complementary medical specialties recognised by the Malaysian Ministry of Health (MOH) under the Traditional and Complementary Medicine Division (TCM). Authorities at the federal level, such as the Ministry of Health Malaysia, at the state level, such as the Melaka State Department of Islamic Religion, and at the level of practitioners, such as the Malaysian Islamic Medicine, Medicine and Welfare Association (Darussyifa'), play a number of steps and roles in maintaining the principles of Islamic medicine practises that comply to Sharia. In order to prevent evil from occurring on the mafsadah, this article discusses the role of the authorities as a da'wah movement. In order to collect data for this study, both primary data from the interview method and secondary data from the literature review were used. Following that, content analysis and thematic analysis are used to interpret the data. This study found that there are four da'wah approaches used by the authorities, namely da'wah through power, warning and law, mauizah al-hasanah, mudajalah and da'wah through channels and media. In conclusion, da'wah plays an essential role at the federal, state, and practitioner levels in addressing the issue of religious deviation that is becoming increasingly of an issue in Malaysian Islamic medicine.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ab Hamid, N., & Nik Abdul Majid, N. S. (2023). Peranan Pihak Berautoriti Menangani Penyelewengan dalam Amalan Pengubatan Islam di Malaysia: Analisis Pendekatan Dakwah. ‘Abqari Journal, 211–231. https://doi.org/10.33102/abqari.vol29no1.563

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free