SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL

  • Abd. Nasir S
  • Abdul Halim H
  • Yahaya A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract Slow learners often face issues when learning their first language. Since Malay is the functional language in Malaysia, students need to master it to facilitate the process of teaching and learning. However, poor vocabulary when speaking in the first language could affect the communication process, as seen among students who are slow learners. Therefore, this study aimed to examine the subjects’ pronunciation of various Malay words using posters and identify speech errors using clinical linguistics. Subsequently, the paper discussed the link between pronunciation and B. F. Skinner’s behaviourist theory of learning involving positive and negative reinforcement. Results showed that there was still incoherent pronunciation despite the subjects being 16 years old. However, after positive reinforcement, the subjects appeared more confident and spirited in pronouncing specific words correctly. The subjects also stumbled with 11 out of the 60 words tested. Standard pronunciation was also influenced by the dialects of their respective home states. On that account, continuous support and practice should be emphasised to encourage students to enunciate better. In future, this study could catalyse further research in the field of clinical linguistics on slow learners in Malaysia. Keywords: slow learners, pronunciation, vocabulary, Malay language, clinical linguistics Abstrak Murid lembam lazimnya mengalami masalah dalam proses pembelajaran bahasa pertama. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah dan perlu dikuasai oleh semua murid atau pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penguasaan kosa kata yang lemah dalam pertuturan bahasa pertama menyebabkan berlakunya masalah dalam proses komunikasi seperti yang dialami oleh murid lembam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kosa kata dalam bahasa Melayu murid lembam menggunakan poster dan mengenal pasti kesilapan bunyi kosa kata yang melalui sebutan subjek kajian dengan aspek linguistik klinikal. Kajian ini turut membincangkan hubungan penghasilan sebutan kosa kata dengan Teori Behaviorisme Skinner dalam pengukuhan positif dan negatif. Dapatan ini menunjukkan bahawa masih terdapat penghasilan bunyi kosa kata dalam bahasa Melayu yang masih tidak jelas walaupun subjek kajian sudah menjangkau usia 16 tahun. Setelah dirangsang dengan pujian, subjek kajian lebih yakin dan bersemangat untuk menyebut sesuatu kosa kata dengan betul. Subjek kajian juga bermasalah menyebut 11 daripada 60 buah kosa kata bahasa Melayu yang diuji. Selain itu, sebutan kosa kata bahasa Melayu standard juga dipengaruhi oleh dialek negeri yang digunakan oleh subjek kajian. Sokongan dan latihan yang berulang kali amat dititikberatkan agar dapat mendorong murid lembam untuk menyebut kosa kata bahasa Melayu dengan lebih baik. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pendorong kepada kajian selanjutnya, terutamanya dalam bidang linguistik klinikal berkaitan murid lembam di Malaysia. Kata Kunci: lembam, sebutan, kosa kata bahasa Melayu, linguistik klinikal

Cite

CITATION STYLE

APA

Abd. Nasir, S. N., Abdul Halim, H., Yahaya, A. S., & Kamaruddin, R. (2022). SEBUTAN KOSA KATA BAHASA MELAYU MURID LEMBAM MELALUI ANALISIS LINGUISTIK KLINIKAL. Jurnal Pengajian Melayu, 33(2), 162–178. https://doi.org/10.22452/jomas.vol33no2.9

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free