PERWARISAN TANAH ADAT/ULAYAT DI INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM ADAT PERPATIH : SATU TINJAUAN SYARAK

  • Mochammad Sahid M
  • Mas’ad Saleh M
  • Nik Wajis N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
50Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Dalam adat perpatih yang diamalkan sehingga ke hari ini, pusaka ini dianggap sebagai harta milik seluruh ahli keluarga yang diwariskan secara turun temurun melalui pihak perempuan (garis keturunan ibu). Berdasarkan kepada hukum warisan Islam (faraidh), amalan adat perpatih dalam pembahagian harta pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) ini dilihat bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan pandangan dalam menerima amalan ini di kalangan masyarakat. Ada yang menerimanya sebagai satu amalan yang berdasarkan kepada pendekatan hukum wakaf keluarga (waqaf dzurri) dan ada juga yang menentangnya serta menganggapnya sebagai satu amalan yang bercanggah dengan hukum Islam dalam pembahagian warisan (faraidh). Menerusi kajian literatur dengan menggunakan kaedah perbandingan di antara hukum adat dan hukum syariah, kertas kerja ini akan membentangkan isu-isu berkaitan tanah adat sebagai harta pusaka yang diamalkan dalam adat perpatih. Cadangan sebagai jalan keluar bagi ketidakjelasan hukum dalam amalan warisan pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) disebabkan perbezaan pandangan di antara golongan yang tidak bersepakat sama ada ia dilarang ataupun dibenarkan dalam syarak. Hasil kajian mendapati bahawa jalan tengah yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu hukum amalan warisan tanah adat ini adalah menerusi pendekatan wakaf keluarga (dzurri) dengan cara menjadikan pihak perempuan yang mewarisi harta tersebut hanya sebagai pemegang amanah. Oleh itu, status tanah tersebut adalah harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak keluarga namun tidak boleh diperjualbelikan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mochammad Sahid, M., Masâ€TMad Saleh, M. A., Nik Wajis, N. R., Gunardi, S., Abdul Majid, Mohd. N., Tagaranao, M. S., & Athirah Ramli, N. (2017). PERWARISAN TANAH ADAT/ULAYAT DI INDONESIA DAN MALAYSIA DALAM ADAT PERPATIH : SATU TINJAUAN SYARAK. Malaysian Journal of Syariah and Law, 5(1). https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no1.44

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free