Abstract
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Al-Quran terbina daripada ayat-ayatnya yang saling menguatkan, perkataannya yang terperinci, balaghahnya yang tidak dapat ditandingi oleh akal manusia, kefasihannya dengan semua ungkapan manusia, mukjizatnya yang sempurna, ungkapan penjelasannya yang indah, lafaznya yang sesuai dengan setiap keadaan masa serta sifat-sifat lain yang menunjukkan kesempurnaan al-Quran. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti i’jaz al- Quran daripada sudut maksud dan kategorinya yang perlu difahami. Seterusnya ia menekankan perlunya memahami i’jaz al-Quran justeru untuk menyampaikan serta mengukuhkan mesej dakwah dengan lebih berkesan. Kajian dalam artikel ini secara amnya merujuk kepada penyelidikan perpustakaan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengumpulan dan analisis data. Dapatan kajian dalam artikel ini menunjukkan bahawa memahami i’jaz al-Quran dapat membantu mengukuhkan mesej dakwah dengan lebih berkesan dalam masyarakat.
Cite
CITATION STYLE
Othman, M. S. (2023). MEMAHAMI I’JAZ AL-QURAN DAN PENGUKUHAN MESEJ DAKWAH. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 2(1), 39–57. https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v2.78
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.