Latar belakang dan tujuan: Rentetan dari pertambahan bilangan perkahwinan merentasi sempadan dan penyelidikan yang terhad mengenainya, penyelidikan ini telah dijalankan bertujuan untuk membincangkan aplikasi undang-undang dan amalan-amalan dalam perkahwinan merentasi sempadan dalam kalangan Muslim di Malaysia. Metodologi: Penyelidikan ini telah dijalankan menggunakan pendekatan kajian sosioperundangan dan kaedah kualitatif. Data telah diperoleh melalui sesi temu bual dengan 11 informan yang terdiri daripada pegawai pejabat agama di Malaysia, Pegawai pejabat agama di Selatan Thailand, Pegawai Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand dan juga pasangan-pasangan yang telah mengamalkan perkahwinan merentasi sempadan. Selain itu, analisis dokumen juga digunakan bagi menganalisis statut dan kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah. Dapatan Kajian: Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa amalan perkahwinan merentasi sempadan dalam kalangan Muslim di Malaysia berlaku disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang yang begitu ketat di samping tahap keterbukaan pasangan yang terlibat dalam perkahwinan merentasi sempadan dalam menerima perkahwinan merentasi sempadan ini. Kajian juga menunjukkan bahawa ketiadaan peruntukan yang khusus berkaitan perkahwinan merentasi sempadan ini menyebabkan timbul isu perundangan di peringkat global yang perlu diselesaikan melalui instrumen antarabangsa. Sumbangan: Kertas penyelidikan ini merupakan satu permulaan kepada penyelidikan yang lebih terperinci terhadap perkahwinan merentasi sempadan iaitu hasil dari penyelidikan akan akan digunakan sebagai penambahbaikan terhadap peruntukan undang-undang yang sedia di Malaysia pada masa kini. Kata kunci: Perkahwinan merentasi sempadan, prosedur perkahwinan, sosio-perundangan, undang-undang keluarga Islam, undang-undang ketat. ABSTRACT Background and Purpose: Due to the increase in the number of cross-border marriage and limited research available in the area, the paper sets on discussing the application of the related laws and practices that surround cross border marriage among the Muslims in Malaysia. Methodology: This research used the socio-legal approach and qualitative method. The data had been obtained through interviews with 11 informants, consisting of officials of the religious office in Malaysia and in Southern Thailand, officials of the Malaysian Consulate in Songkhla, Thailand as well as couples who practised cross-border marriage. Apart from that, analysis document had been used to analyse statutes and reported cases. Findings: This research shows that the practice of cross-border marriage among Muslims couples in Malaysia is due to strict implementation of the law and their aceptance and openness in going for cross-border marriage. The lacuna of specific provisions relating to cross-border marriage in the law has led to global legal issues that require resolution using international instruments. Contributions: This article is hoped to pave the way for a more comprehensive study on the cross-border marriage which the findings will be useful to further improve the current legal provisions in Malaysia. Keywords: Cross-border marriage, Islamic family laws, strict laws marriage procedure, socio-legal. Cite as: Md Said, M. H., Md Hashim, N., Abdul Hak, N., Che Soh, R., Ahmad Fuzi, F. H., & Yaakob, K. (2020). Kajian Sosioperundangan perkahwinan merentasi sempadan di nusantara [Socio legal research on cross-border marriage in the Malay Archipelago]. Journal of Nusantara Studies, 5(2), 129-151. http://dx.doi.org/10.24200/jonus.vol5iss2pp129-151
CITATION STYLE
Md Said, M. H., Md Hashim, N., Abdul Hak, N., Che Soh@Yusoff, R., Ahmad Fuzi, F. H., & Yaakob, K. (2020). KAJIAN SOSIOPERUNDANGAN PERKAHWINAN MERENTASI SEMPADAN DI NUSANTARA [SOCIO LEGAL RESEARCH ON CROSS-BORDER MARRIAGE IN THE MALAY ARCHIPELAGO]. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 5(2), 129–151. https://doi.org/10.24200/jonus.vol5iss2pp129-151
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.