Stres dalam kalangan guru merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Amat penting bagi kita untuk memahami punca stres yang berlaku dalam kalangan guru kerana murid-murid akan menerima kesan secara terus daripada masalah kesihatan mental guru. Justeru kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan literatur bersistematik terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi tahap stres guru khususnya guru matematik di sekolah. Dua persoalan kajian yang menjadi fokus utama ialah faktor-faktor stres dalam kalangan guru matematik serta metodologi kajian yang dijalankan dalam kajian-kajian lepas. Kajian ini menggunakan Model Prisma. Dua enjin carian digunakan iaitu Ebscohost dan Science Direct dan selepas proses saringan dilakukan sebanyak 18 buah artikel telah diterima berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Dapatan menunjukkan terdapat 13 faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru matematik dan kebanyakannya berpunca daripada persekitaran tempat kerja. Dari segi metodologi pula, bilangan kajian kuantitatif yang dijalankan adalah lebih banyak berbanding kajian kualitatif. Kesimpulannya, walaupun banyak faktor yang disenaraikan dalam kajian-kajian yang lepas, namun begitu jumlah kajian yang menekankan tentang kesihatan mental guru khususnya guru matematik masih belum begitu banyak. Justeru diharapkan agar kajian dalam bidang ini boleh diperbanyakkan lagi dalam konteks tempatan pada masa akan datang.
CITATION STYLE
Binti Ahmad Fuad, N. I., & Maat, S. M. (2020). Sorotan Literatur Bersistematik: Faktor Stres dalam kalangan Guru Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 167–173. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.554
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.