Abstract
Abstrak Perkahwinan merupakan kontrak sivil dan ibadah yang sah dilangsungkan tanpa bergantung kepada istiadat, prosedur dan kehadiran pegawai tertentu bahkan kitab-kitab fiqh klasik tidak meletakkan keperluan merekodkan perkahwinan secara rasmi. Dalam menjaga kemaslahatan dan keturunan, tindakan mengkodifikasikan perundangan untuk merekodkan perkahwinan telah digubal sejajar dengan kemajuan masa kini. Pelanggaran kepada aturan perundangan ini akan membawa kepada kesalahan matrimoni perkahwinan tanpa kebenaran berdasarkan elemen serta konsep kesalahan dari sudut syarak dan undang-undang. Oleh itu, artikel ini akan meninjau konsep perkahwinan tanpa kebenaran secara syarak dan undang-undang yang digunakan pada masa kini. Penumpuan mengenai keperluan untuk melangsungkan perkahwinan dari sudut syarak dan prosedur perkahwinan berdasarkan Undang-undang Islam turut dihuraikan menggunakan pendekatan kualitatif secara dokumentasi yang bersifat deskriptif serta mengaplikasikan kaedah penganalisaan data melalui kandungan berdasarkan artikel, buku dan statut undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan berkahwin tanpa kebenaran. Hasil kajian mendapati meskipun terdapat perbahasan mengenai perkahwinan yang tidak sah dari segi syarak seperti masalah dari sudut perwalian, namun takrifan kesalahan berkahwin tanpa kebenaran lebih hampir dengan istilah undang-undang keluarga Islam berdasarkan jenis-jenis kesalahan. Undang-undang keluarga Islam dilihat turut mengkategorikan perkahwinan tanpa kebenaran dalam dua bentuk iaitu kesalahan berhubung dengan pendaftar dan kesalahan dengan mahkamah sekaligus menonjolkan keseimbangan dan keunggulan perundangan Islam di negara ini tanpa perlu menafikan hukum syarak yang sedia ada.
Cite
CITATION STYLE
Borhanuddin, S. A., Samah, M., & Mat Hussin, M. N. (2023). Kesalahan Berkahwin Tanpa Kebenaran bagi Orang Islam di Malaysia: Tinjauan Berdasarkan Perspektif Syarak dan Undang-Undang. Jurnal Pengajian Islam, 16(2), 99–121. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.268
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.