Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal

  • Zakari N
  • Abd. Majid M
  • Hussin M
N/ACitations
Citations of this article
474Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menyediakan pendidikan kepada semua warganegara tanpa mengira latar belakang. Namun begitu, masalah dalam pendidikan khususnya keciciran pelajar kerap berlaku dan semakin membimbangkan di semua peringkat pengajian. Sehubungan dengan itu, kertas konsep ini bertujuan memperincikan beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang berlakunya keciciran dalam pendidikan. Faktor disebabkan oleh sosioekonomi keluarga, personaliti pelajar dan faktor luaran seperti budaya dan persekitaran, pengaruh rakan sebaya serta cara pengajaran guru telah dikenal pasti sebagai antara punca keciciran pelajar. Oleh itu, langkah- langkah mengatasi berlakunya keciciran turut diperincikan berdasarkan kajian lepas. Justeru, pelbagai langkah telah diambil oleh semua pihak terutamanya guru, sekolah, kementerian mahupun kerajaan dalam membendung penularan masalah ini. Antaranya adalah tingkatkan kesedaran ibu bapa, motivasi dan minat pelajar serta mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menarik minat pelajar supaya tidak tercicir.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zakari, N. A., Abd. Majid, M. Z., & Hussin, M. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2). https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1288

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free