Abstract
Islam menggalakkan dialog antara penganut agama yang berbeza untuk mempromosikan kefahaman dan perdamaian. Solidariti antara masyarakat beragama adalah nilai yang ditekankan dalam Islam dan perlu ditegakkan atas prinsip keadilan serta nilai saling hormat dan berbuat kebaikan. Dalam dunia yang semakin globalisasi, kefahaman terhadap kepelbagaian agama adalah elemen penting dalam mencapai perdamaian dan harmoni dalam masyarakat berbilang budaya dan agama. Pengkajian dan penelitian terhadap hadis-hadis interaksi Nabi dengan golongan bukan Muslim dapat membantu masyarakat dan umat Islam khususnya bagi mengetahui dan memahami kaedah harmoni dalam masyarakat yang terbilang. Konsep Nabi Muhammad sebagai "qudwah" dipasakkan dengan mendalam dalam ajaran Islam, dan umat Islam berusaha mencontohi perilaku dan ajaran Baginda dalam kehidupan seharian. Justeru, penulisan ini bertujuan mengenalpasti kaedah Rasulullah SAW berinteraksi dengan golongan bukan Islam menerusi kisah-kisah yang disebutkan dalam hadis Nabi dan merumuskan sikap-sikap yang wujud pada Nabi yang boleh diteladani oleh umat Islam sepanjang zaman. Data-data kajian diperolehi melalui kaedah analisa terhadap beberapa potongan dalil hadis yang dipilih dan disusun mengikut tema-tema sikap Rasulullah terhadap non-Muslim. Hasil kajian mendapati jelas bukti-bukti keterampilan baik Rasulullah SAW terhadap bukan Islam dengan lima interaksi iaitu, (a) menghormati penganut agama lain, (b) iktiraf kebaikan penganut lain, (c) adil terhadap harta bukan Muslim, (d) menghubungkan silaturrahim dan (e) tidak membalas perbuatan jahat dengan kejahatan. Kajian mencadangkan agar kaedah interaksi Rasulullah SAW terhadap non Muslim dapat dipanjangkan kajiannya untuk menjadi contoh pendekatan yang baik dalam keharmonian kepelbagaian masyarakat beragama.
Cite
CITATION STYLE
SENIN, N. (2023). Qudwah Nabawiyyah dalam Interaksi dengan Bukan Muslim. HADIS, 13(26), 86–95. https://doi.org/10.53840/hadis.v13i26.236
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.