Abstract
Guru perlu mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam menguruskan sosioemosi murid kecelaruan spektrum autisme agar mereka mampu belajar seperti murid lain. Kajian ini mengkaji tahap pengetahuan guru untuk mengenali tahap dan ciri-ciri sosioemosi murid autisme serta pengurusan sosioemosi mereka. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru mengenai ciri-ciri sosioemosi murid autisme, tahap pengetahuan guru mengenai tahap sosioemosi murid Autisme dan tahap pengetahuan guru mengenai pengurusan sosioemosi murid. Kajian dilaksanakan secara kuantitatif menggunakan borang soal selidik yang telah dijawab oleh seratus orang responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru mengenai pengurusan sosio-emosi, tahap perkembagan sosio emosi dan ciri – ciri sosio emosi murid autisme di sekolah adalah rendah. Diharapkan kajian ini dapat meningkatkan kefahaman pemegang taruh mengenai kepentingan pengetahuan guru dalam menguruskan sosioemosi murid autisme di dalam bilik darjah dan impaknya ke atas perkembangan murid autisme.
Cite
CITATION STYLE
Mathiyalagan, N. R., & Toran, H. (2023). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas dalam Pengurusan Sosioemosi Murid Autisme. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002151. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2152
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.