Makalah ini bertujuan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh komuniti nelayan di Tanjung Dawai dalam mendapatkan akses kesihatan. Kaedah borang kaji selidik digunakan dengan melibatkan seramai 50 responden yang terdiri daripada ketua isi rumah. Data daripada kaji selidik dianalisis secara statistik deskriptif untuk memperoleh nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa sebilangan besar responden mengalami cabaran yang ketara untuk mendapatkan akses kesihatan dari aspek kewangan untuk mendapatkan rawatan, jarak ke hospital/klinik yang jauh dari tempat tinggal, dan tempoh menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan. Kajian ini dirujuk penting kepada pihak berwajib supaya melaksanakan strategi yang proaktif dalam menaiktarafkan aksesibiliti kesihatan kepada komuniti nelayan di Tanjung Dawai supaya mereka dapat memperoleh ekuiti kesihatan dengan sewajarnya.
CITATION STYLE
Mohd Som, S. H., Ramli, M. W., & Sheikh Dawood, S. R. (2021). Cabaran Mendapatkan Akses Kesihatan dalam kalangan Komuniti Nelayan di Tanjung Dawai, Kedah: Satu Tinjauan Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 1–6. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.681
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.