Salah laku seksual bukan suatu perkara asing di Malaysia. Ia merupakan isu global yang mengundang kebimbangan dan menggugat kesejahteraan Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis deskriptif daripada hasil dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil tinjauan terhadap kajian-kajian lepas mendapati secara umumnya, bentuk pemulihan akhlak di rata-rata institusi pemulihan dan pusat koreksional dapat dibahagikan kepada empat bentuk iaitu pemulihan berasaskan keagamaan/kerohanian, pemulihan berasaskan bimbingan dan kaunseling Islam, pemulihan berasaskan pengintegrasian latihan vokasional dan pendidikan serta pemulihan berasaskan pembangunan fizikal dan sosial.
CITATION STYLE
Ibrahim, N., Mansor, N. H., & Md Yusoff, Y. (2020). Bentuk-bentuk Pemulihan Akhlak bagi Pesalah Seks di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur. Journal of Usuluddin, 48(2), 1–23. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol48no2.1
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.