Kajian ini membincangkan tentang kesan kompetensi profesionalisme guru terhadap efikasi pengajaran guru sekolah rendah di kawasan luar bandar, khususnya Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan lapan dimensi utama dalam kompetensi profesionalisme guru iaitu kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif dan kefahaman terhadap strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian ini melibatkan seramai 361 responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di Pedalaman Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai, ujian t, ANOVA, korelasi Pearson dan regresi. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi profesionalisme guru adalah (Min = 4.44; SP = .37), berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru adalah (Min = 3.99; SP = 0.29), juga berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi Pearson mendapati hubungan kompetensi profesionalisme guru dengan efikasi pengajaran guru adalah signifikan dan berada pada aras yang tinggi. Analisis regresi pula mendapati kompetensi profesionalisme guru memberi kesan yang signifikan ke atas efikasi pengajaran guru secara keseluruhan.
CITATION STYLE
Ebbie, S., & Talip, R. B. (2021). Kompetensi Profesionalisme Guru dan Kesannya Terhadap Efikasi Pengajaran Guru Luar Bandar Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 241–253. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1000
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.