DIMENSI FAKTOR AFEKTIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

  • Abdullah M
N/ACitations
Citations of this article
5Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menghurai peranan beberapa faktor afektif yang mempengaruhi proses penyelesaian masalah matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Tiga aspek penghuraian yang dilakukan iaitu penentuan bilangan faktor dominan, pembebanan setiap item dalam setiap faktor dan juga penentuan item yang mencapai tahap persetujuan konsensus dalam setiap faktor. Seramai 285 pelajar tingkatan lima aliran sains dari tiga buah sekolah berasrama penuh di Terengganu telah dipilih sebagai responden kajian. Maklumat kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik 20 item yang telah diubahsuai daripada kajian lepas. Maklumat yang dikumpulkan ini dianalisis mengikut kaedah analisis faktor dan analisis deskriptif dengan menggunakan satu perisian statistik untuk mendapatkan faktor dominan, pembebanan item dan juga persetujuan konsensus item. Kajian ini mendapati empat faktor afektif dominan yang boleh dikeluarkan. Daripada empat faktor ini, kesemua item mencatat pembebanan melebihi 0.4. Kajian ini juga mendapati terdapat sembilan item yang mencapai persetujuan konsensus dengan sekurang-kurang satu item bagi setiap faktor. Jadi dapat dilihat bahawa empat faktor afektif memainkan peranan yang penting dalam penyelesaian masalah matematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdullah, M. L. (2024). DIMENSI FAKTOR AFEKTIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK. Journal of Mathematical Sciences and Informatics, 4(1). https://doi.org/10.46754/jmsi.2024.06.002

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free