External Marker in Bisecting-Angle-Technique: A New Approach to Minimize Dental Radiographic Error

  • Ahmad Fauzi A
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Teknik ‘bisecting-angle’ merupakan satu kaedah yang digunakan bagi menambah baik keselesaan pesakit semasa radiografi periapikal. Kebiasaannya, teknik ini dilakukan tanpa menggunakan alat sasaran sinar-X dan sering kali mengakibatkan ralat pada radiograf pergigian. Penggunaan penanda luaran sebagai alat bantuan bagi mensasarkan sinar-X di dalam teknik ‘bisecting-angle’ adalah berpotensi bagi mengurangkan ralat radiograf berkenaan. Dalam kajian ini, 240 radiograf periapikal diambil oleh pelajar sarjana muda pergigian dengan menggunakan 3 jenis teknik radiograf periapikal. Teknik-teknik ini adalah teknik ‘bisecting-angle’ (BAT), teknik ‘bisecting-angle’ dengan menggunakan penanda luaran (BAT-M) dan teknik ‘paralleling’ (PT). Setiap radiograf yang diambil, seterusnya dinilai dan ralat yang terdapat pada radiograf diklasifikasikan dan dijadualkan mengikut jenis dan bilangan ralat radiograf yang berlaku. Analisis statistik yang lebih terperinci turut dilakukan bagi membandingkan jumlah bilangan ralat radiograf yang melibatkan ketiga-tiga teknik berkenaan. Keputusan kajian menunjukkan salah satu ralat radiograf yang sering terjadi dengan BAT adalah ralat potongan kon (13.8%). Ralat ini didapati berkurangan kepada 1.3% dan 2.5% dengan pelaksanaan BAT-M dan PT, masing-masing. Jumlah keseluruhan ralat radiograf juga didapati jauh lebih kecil dengan BAT- M berbanding BAT, p <0.05.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad Fauzi, A. (2017). External Marker in Bisecting-Angle-Technique: A New Approach to Minimize Dental Radiographic Error. Medicine & Health, 12(2), 304–311. https://doi.org/10.17576/mh.2017.1202.14

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free