Menstrual Care For Individuals With Disability: A Case Report

  • Abdul Bari N
N/ACitations
Citations of this article
30Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Orang kelainan upaya mempunyai keperluan yang berbeza pada setiap peringkat kehidupan. Akil baligh merupakan cabaran baru terutama bagi wanita kerana ia memerlukan penjagaan kebersihan diri semasa haid yang melibatkan pesakit dan juga penjaga. Laporan kes ini adalah mengenai seorang gadis berumur 13 tahun dengan sindrom Down yang dijaga oleh ayahnya sejak daripada usia enam tahun. Beliau mengalami kecacatan mental dan mengalami kesukaran dalam pengurusan diri sewaktu haid. Ini menyebabkan bapanya meminta untuk rawatan manipulasi kitaran haid untuknya. Pilihan cara rawatan untuk manipulasi kitaran haid meliputi rawatan secara perubatan dan pembedahan. Rawatan perubatan merangkumi terapi hormonal yang terdiri daripada pil perancang keluarga, depo-provera, implan progestin dan alat IUD. Rawatan secara pembedahan seperti histerektomi atau ablasi endometrium boleh dipertimbangkan sebagai langkah terakhir kerana ia mempunyai risiko pembedahan, kehilangan kesuburan dan melibatkan soal etika dan undang-undang. Pemilihan cara rawatan yang sesuai seharusnya melibatkan perbincangan dua hala di antara penjaga, pesakit dan pengamal perubatan untuk mendapatkan cara rawatan yang optimum dengan mengambil kira kepentingan pesakit. Laporan kes ini juga memaparkan peranan pakar perubatan keluarga dalam menguruskan dan menyelaras penjagaan terhadap isu-isu berkaitan dengan penjagaan haid untuk orang kurang upaya. Diharapkan kajian kes ini dapat dijadikan panduan kepada pengamal perubatan dan keluarga yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan istimewa dalam mendalami masalah penjagaan haid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Abdul Bari, N. (2019). Menstrual Care For Individuals With Disability: A Case Report. Medicine & Health, 14(1), 209–214. https://doi.org/10.17576/mh.2019.1401.19

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free