HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN

  • Mohd. Nawawi A
  • Mohd A
  • Md. Saad N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
36Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan aliran mata pelajaran dan hubungan gaya pengajaran guru  dengan tahap ponteng.  Responden bagi kajian ini terdiri daripada 373 responden(127 lelaki dan 216 perempuan) iaitu pelajar dari 5 buah sekolah di daerah Bachok, Kelantan.  Instrumen kajian ini ialah Model Gaya Pengajaran Guru (Teaching Style Survey) yang dibangunkan oleh Grasha – Riechmann 1996   Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif, ujian – t dan kekerapan digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang dijalankan.  Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 22.  Dapatan kajian ini mendapati kategori gaya pengajaran yang paling dominan diamalkan oleh guru ialah gaya pengajaran Model Personal diikuti oleh gaya pengajaran Delegator, gaya pengajaran Pakar, gaya pengajaran Autoriti Formal dan gaya pengajaran Fasilitator.  Manakala, min tahap ponteng pelajar adalah pada tahap sederhana.  Ujian- t menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran berdasarkan jantina dan terdapat hubungan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan aliran mata pelajaran.  Manakala ujian-t juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ponteng berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran.  Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng pelajar.  Didapati nilai korelasi menunjukkan terdapat  hubungan yang sederhana dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng (r=.062, p> 0.01).  Akhir sekali beberapa cadangan dikemukan untuk kajian lanjut .

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd. Nawawi, A., Mohd, A., Md. Saad, N., Baharuddin, J., & Ismail, S. N. (2017). HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN. Proceedings of the ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.503

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free