Aesthetics and Geometrical Principles of Malay Woodcarving

  • Basaree R
  • Silah S
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstrak Ukiran kayu Melayu dapat dikaji dari dua kategori. Satu kajian daripada aspek teori estetika dimensi dan juga dari ciri-ciri praktikal yang menerangkan aspirasi kreativiti para pengukir Melayu. Kecantikan bukan sahaja hadir untuk dinikmati malah ia juga diberkati dalam agama, menjadi keperluan praktikal dan bahan keperluan mereka. Terdapat hubungan antara estetika dan prinsip-prinsip geometri yang terlibat dalam pembangunan ukiran kayu Melayu. Simetri merupakan satu fenomena biasa dalam budaya manusia, ia membantu kita untuk memahami keupayaan minda dalam menghasilkan pemikiran matematik yang kreatif. Ia terdiri daripada konsep, transformasi dan operasi yang menggambarkan hubungan bahagian-bahagian dalam struktur komposisi, yang digunakan untuk menjana corak. Kajian ini memfokuskan kepada satu kaedah untuk mengklasifikasikan ukiran kayu Melayu mengikut sistem notasi matematik yang ditemui di tujuh corak dekorasi dinding. Artis Melayu, pereka dan tukang biasanya, tanpa disedari, menggunakan prinsip-prinsip aplikasi geometri yang praktikal dalam melaksanakan pelbagai corak geometri yang digunakan dalam kerja mereka. Prinsip organisasi yang terlibat di dalam reka bentuk mereka biasanya bertujuan untuk mencari penyelesaian tertentu dalam perpaduan yang membentuk keseluruhan kesatuan daripada pelbagai unsur yang mengimbangi antara keharmonian dan kepelbagaian.

Cite

CITATION STYLE

APA

Basaree, R. O., & Silah, S. (2013). Aesthetics and Geometrical Principles of Malay Woodcarving. The International Journal of Arts, Culture & Heritage (IJACH), 4, 77–100.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free