Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka

  • Said H
  • Abdul Rasid R
N/ACitations
Citations of this article
66Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas 16 buah sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru dari segi meningkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan profesionalisme, perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses pengajaran. Seramai 315 orang guru telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan Alpha Cronbach untuk Bahagian B ialah 0.9143 dan Bahagian C ialah 0.8992. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistitical Package For Sosial Sciences (SPSS). Min, kekerapan dan peratusan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi kualiti guru, memperkukuh hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Author supplied keywords

Cite

CITATION STYLE

APA

Said, H., & Abdul Rasid, R. (2011). Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Unspecified. Retrieved from http://eprints.utm.my/12014/1/Amalan_Penyeliaan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Di_Sekolah.pdf

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free