Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah di Malaysia dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum untuk sekolah

  • Yusof M
  • Muda A
  • Makmom A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
168Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan guru atau efikasi-kendiri guru dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. Faktor-faktor yang ingin dikenal pasti ialah faktor pengetahuan, sikap dan kesedaran guru terhadap alam sekitar, faktor persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan instruksional pengetua, faktor demografi guru dan faktor lokasi sekolah. Kajian ini melibatkan seramai 300 orang guru daripada 30 buah sekolah menengah harian di negeri Perlis yang mewakili Zon Utara, negeri Selangor yang mewakili Zon Tengah, negeri Pahang yang mewakili Zon Timur, negeri Melaka yang mewakili Zon Selatan dan negeri Sarawak yang mewakili Malaysia Timur. Namun, analisis kajian hanya dilakukan ke atas 263 set (87.7%) soal selidik yang lengkap daripada 283 borang soal selidik yang dikutip. Statistik deskriptif (min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan) dan statistik inferensi (Ujian-t, ANOVA Satu Hala, Korelasi Pearson r dan Regresi Linear Berganda) digunakan untuk menganalisis data dan membentangkan dapatan kajian. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap efikasi-kendiri guru dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar adalah sederhana (M=3.53, SD=.30). Menurut persepsi guru, amalan kepemimpinan instruksional pengetua (M=3.36, SD=.77), pengetahuan guru mengenai Pendidikan dan Isu Alam Sekitar (%M= 57.05, SD=9.74) serta kesedaran guru terhadap alam sekitar (M=3.60, SD=.58) juga berada pada tahap sederhana. Namun, sikap guru terhadap alam sekitar adalah positif (M=4.22, SD=.42). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara efikasi-kendiri guru dengan faktor kelulusan akademik (r=.148, p=.017), sikap guru terhadap alam sekitar (r=.440, p=.000), kesedaran guru terhadap alam sekitar (r=.462, p=.000) dan persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan instruksional pengetua bagi ketiga-tiga dimensi iaitu Dimensi Pentakrifan Matlamat Sekolah dan Matlamat Alam Sekitar (r=.185, p=.003), Dimensi Pengurusan Program Pengajaran dan Program Alam Sekitar (r=.150, p=.015) serta Dimensi Pemupukan Iklim Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar (r=.277, p=.000). Dapatan kajian juga menunjukkan peramal efikasi-kendiri guru terdiri daripada enam pemboleh ubah iaitu kesedaran guru terhadap alam sekitar (Beta=.323, p=.000), persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan instruksional pengetua bagi Dimensi Pemupukan Iklim Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar (Beta=.298, p=.001), sikap guru terhadap alam sekitar (Beta=.234, p=.000), persepsi guru terhadap amalan kepemimpinan instruksional pengetua bagi Dimensi Pengurusan Program Pengajaran dan Program Alam Sekitar (Beta=-.219, p=.012), umur guru (Beta=-.191, p=.000) dan kelulusan akademik guru (pemboleh ubah dummi 1=Ijazah Sarjana) (Beta=.129, p=.014). Faktor-faktor ini hanya dapat menerangkan 34.4% varians efikasi-kendiri guru. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat pemboleh ubah lain yang mempengaruhi efikasi-kendiri guru dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan kepada pihak sekolah, pihak Kementerian Pelajaran dan penyelidikan lanjutan dikemukakan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Yusof, M. Hj. M., Muda, A., Makmom, A., Samah, B. A., Basri, R., Rashid, N. a., & Alias, M. K. (2011). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Efikasi-Kendiri Guru Sekolah Menengah di Malaysia dalam Pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum untuk sekolah. Malaysian Journal of Environmental Management, 12(2), 91–111.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free