Islam, Agama dan Tamadun

  • Mohd Nor Jusoh
N/ACitations
Citations of this article
60Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Islam dan dunia Islam memperihalkan mengenai penyebaran dan pertumbuhan demografi umat Islam pada masa kini. Prinsip agama Islam mendominasi tamadun dunia utama dan ini membuka mata dunia untuk lebih mengenali Islam dengan lebih terperinci. Walaupun dunia Islam tertumpu di Asia dan Afrika, masih wujud juga minoriti umat Islam di benua lain seperti Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah. Penyebaran Islam di dunia Arab, Parsi, India, Turki, Alam Melayu, dan benua Eropah mencipta tamadun Islam yang menghasilkan kepelbagaian budaya, pembentukan intelektual yang kritis, seni bina yang berbeza mengikut budaya, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, dan susunan sosial yang adil dan saksama. Di samping itu, dunia Islam juga menunjukkan kepelbagaian dan perpaduan Islam. Hal ini jelas dengan wujudnya kumpulan seperti Khawarij, Sunni dan Syiah dalam kalangan umat Islam. Jumlah umat Islam juga tumbuh bak cendawan selepas hujan dan menjadi agama yang kedua terbesar di dunia selepas agama Kristian.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd Nor Jusoh. (2011). Islam, Agama dan Tamadun. In Tamadun Islam & Tamadun Asia.

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free