Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja

  • Norasmah Othman
N/ACitations
Citations of this article
31Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Program Keusahawanan Remaja yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia serta meninjau sejauh mana program ini berjaya memberi pendedahan perniagaan serta memupuk budaya keusahawanan dalam diri pelajar. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu usaha untuk mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan oleh sesebuah program untuk berjaya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan Struktur Penilaian Hammond sebagai asas untuk membentuk kerangka kerja konseptua1 kajian. Struktur ini berfokuskan kepada dimensi pengajaran, dimensi institusi dan dimensi tingkah laku. Dimensi pengajaran merangkumi pembolehubah seperti kaedah pengajaran, kemudahan dan kursus; sementara, dimensi institusi mencakupi individu yang terlibat dengan program iaitu pelajar dan penceramah, pensyarah program, dan dimensi tingkah laku pula merupakan dimensi pencapaian matlamat program dari segi pencapaian tingkah laku kognitif, afektif dan kompetensi pelajar/peserta. Sampel kajian terdiri daripada 309 pelajar Program Usahawan Muda (PUM) dan 130 pelajar Program Tunas Bistari (PTB). Seterusnya, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen soal selidik, ujian dan temu bual dari segi kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, Cronbach Alpha dan Kuder Richardson-20 (KR-20) telah digunakan Data-data dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA, korelasl Pearsons dan regresi berganda pada aras kesignifikanan p

Cite

CITATION STYLE

APA

Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja. Tesis Doktor Falsafah. Retrieved from http://psasir.upm.edu.my/9275/

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free